TRAGEDI 13 MEI 1969: PUNCA DAN PENGAJARAN
(a) Pengenalan
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan menjadi kemuncak dalam masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pada Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal memperoleh majoriti dua per tiga di parlimen. Perkara ini dianggap satu kemenangan besar bagi pihak pembangkang kerana kerusi yang dimenangi Parti Perikatan menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada 1969. Pihak pembangkang yang memperoleh kemenangan besar telah berarak untuk meraikan kemenangan. Pada awalnya, perarakan itu tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman namun terdapat segelintir pengikut pihak pembangkang telah mengeluarkan slogan yang menyentuh sensitiviti kaum semasa perarakan di jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur.
(b) Objektif
Antara objektifnya adalah untuk mengkaji dan mengenal pasti punca-punca dan faktor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969. Seterusnya, menghuraikan kesan tragedi ke atas masyarakat kepada perpaduan kaum di Malaysia. Dalam masa yang sama, mengenal pasti pengajaran dan iktibar-iktibar yang diperolehi daripada tragedi 13 Mei 1969. Selepas tragedi 13 Mei 1969, kerajaan telah berusaha untuk mencapai perpaduan nasional dengan memupuk perpaduan antara kaum melalui dasar dan program yang boleh menggalakkan kerjasama, tolenrasi dan kesefahaman. Seterusnya, mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1971. Ia diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan jurang ekonomi yang besar antara kaum.
(c) Punca Tragedi
Punca peristiwa tersebut bermula apabila kempen pilihan raya 1969 diadakan parti pembangkang iaitu parti DAP , Gerakan dan PPP telah membangkitkan isu seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu & hak kerakyatan orang bukan melayu yang menimbulkan perasaan kurang senang orang melayu. Parti yang bertanding telah berkempen menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk memperoleh sokongan pengundi. Bukan itu sahaja, perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal seperti contoh ada segilintir kaum Cina membawa penyapu sebagai simbolik untuk menghalau orang Melayu daripada menguasai politik dan ekonomi terutamanya di kawasan seperti Kampung Baru. Tambahan pula, kaum Cina juga menghalang jalan untuk perarakan Orang Melayu meraikan kemenangan mereka yang mula berarak dari Rumah Menteri Besar Selangor. Hal ini telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati Orang Melayu terhadap kaum Cina yang dianggap sangat tidak beradab. Menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun, hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi kaum Cina lebih tinggi berbanding orang Melayu. Bukan itu sahaja, isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
(d) Kesan Tragedi kepada perpaduan kaum di Malaysia
Peristiwa 13 Mei ini telah memberi kesan mendalam terhadap sistem pentadbiran negara. Selepas tragedi ini berlaku, negara kita telah membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis Gerakan Negara ini berfungsi untuk mengambil tindakan dengan membentuk Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman kepada kaum mengenai Perlembagaan Negara. Seterusnya, Akta Hasutan 1948 juga telah digubal berdasarkan perlembagaan persekutuan bagi menetapkan had kebebasan bersuara antara kaum di Malaysia. Di samping itu, sistem pendidikan negara turut diubah selepas tragedi ini dengan memfokuskan kepada pendidikan berkaitan perpaduan dan integrasi nasional. Program tahunan di sekolah kebangsaan seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) diperkenalkan agar dapat memahami dan mengeratkan silaturahim antara murid dan guru yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kerajaan juga telah mengisytiharkan darurat pada 19 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat adalah untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal, memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka serta untuk mencuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
(e) Kesimpulan
Konklusinya, tragedi 13 Mei ini meninggalkan impak yang sangat besar kepada rakyat terutamanya individu yang terlibat secara langsung dalam rusuhan tersebut. Tragedi ini bukan sahaja telah mengorbankan nyawa ratusan orang malah merosakkan infrastruktur yang terdapat di bandar Kuala Lumpur pada ketika itu. Sebagai pengajaran, kita sewajarnya menanamkan sifat hormat-menghormati sesama kaum dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan negatif yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kita seharusnya tidak mengulangi sejarah yang telah berlaku kerana jika nasi sudah menjadi bubur, ia akan memberi kesan yang amat besar bukan sahaja pada diri kita malah kepada seluruh masyarakat dan negara. Pentingnya untuk kita hidup bersatu padu untuk menguatkan lagi perpaduan antara kaum agar negara kita tidak terlihat lemah oleh negara lain apabila melihat masyarakat saling hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman sejahtera tidak mengira kaum. Harapan kami sebagai generasi muda semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi agar negara yang harmoni dan kemerdekaan yang telah dicapai berkekalan selama-lamanya.
(f) Sumber Rujukan :
1. YouTube Channel
- https://youtu.be/O_515SHUrRo?si=QklzYqj5n0vuiKgP (Oh My Media)
2. Wikipedia
3. Farhana Hisham (2012)
4. amaniizzah1501 (2023)
5. Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 5 (2020)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment